Life, Work, Fashion
Perengganan di bawah adalah satu perengganan mewakili rasa keterujaan terhadap kehidupan, diri sendiri dan perasaan. Jika ia berbaur cinta, fahamilah dari konteks cinta kepada diri sendiri. Tidak di nafikan saya suka puisi. Puisi bisa buat badan melayang keriangan tahu?
Kali ini kau sedang leka. Duduk-duduk ambang tenang. Aku jalan-jalan seorangan tanpa kau. Lalu aku kerling satu kanvas. Aku laung kau ke mari. Aku lihat, kau pandang.
Kau pinga. Aku senyum. Sangka ku kau faham. Bila lakumu kaku, ku tak mungkin biarkan kau beku. Capai pegangan bertaut rapat.
Lihat, kanvas musim bunga itu. Ia milik sahabatku. Sungguh aku suka, warnanya bunga. KAu juga katakan serupa. Kau lihat, bunga-bunga hiasi kanvas. Sungguh seronok.
Kau renung aku. Kau juga mahu kanvas seperti itu? Belum mampu ku hadiahkan padamu. Tapi ingat? Ganjaran misteri pada hujung nanti? Aku suruh kau pilih, musim ini atau hujung haluanmu.
Kau diam. Aku pun diam. Aku tahu kau pun tahu. Lantas kita berlalu lepaskan musim bunga. Ku genggam peganganmu, dan kau rebah dalam dakapan pengalaman..
Dalam hidup, ada ketikanya kita terlalu dambakan sesuatu. Kadang-kadang kadar keteringinan itu melampaui kesedaran. Hingga menyebabkan kita terlupa sejenak, apakah penghujung perjalanan ini? Dan juga kita lupa, tidak ada yang lebih mengetahui baik buruk sesuatu perkara itu sejelasnya, kecuali Yang Maha Esa.
Kata kuncinya , bersyukur dengan apa yang ada, alhmadulillah untuk yang baru tiba. Salam Jumaat!~